首页 > Berita > 正文

Duta Besar Afrika Selatan ke China Lawat SISU

2023-04-21

27-03-2023
 

Dr. Siyabonga C. Cwele (atau dengan nama Xie Shengwen), Duta Besar Afrika Selatan ke China, dengan delegasinya, diiringi pegawai dari Pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing, melawat Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Sichuan (SISU) pada 21hb Mac 2023. Dalam tempoh lawatan, mereka bersama dengan Naib Presiden Wang Renqiang mengunjungi muzium sejarah universiti.
 

Para tetamu mempunyai pemahaman menyeluruh tentang pencapaian mengagumkan universiti dalam penyelidikan saintifik, perkhidmatan sosial, warisan budaya, dan kerjasama dan pertukaran antarabangsa sepanjang 70 tahun yang lalu.

Selepas itu, Presiden Dong Hongchuan, Naib Presiden Wang Renqiang, dan wakil-wakil dari jabatan-jabatan yang berkenaan, termasuklah Pejabat Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa, Institut Penyelidikan Antarabangsa dan Serantau, dan Institut Penyelidikan BRICS, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Xie Shengwen dan delegasinya untuk membincangkan bidang potensi dan usaha untuk kerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan antara Afrika Selatan dan China.

Presiden Dong Hongchuan mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada Duta Siyabonga C. Cwele dan delegasinya dan memberikan mereka gambaran ringkas tentang sejarah universiti, disiplin akademik, sistem pendidikan kerjasama dan pertukaran antarabangsa, dan pembinaan badan pemikir (atau ‘Think Tank’) dan sebagainya. Beliau meluahkan minat universiti untuk bekerjasama dengan universiti-universiti di Afrika Selatan dan membincangkan kemungkinan melakukan program pertukaran pelajar dengan sokongan duta.