首页 > Berita > 正文

Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Bermula 16 Hingga 22 Oktober

2022-10-15

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan berlangsung di Beijing pada 16 hingga 22 Oktober.
 

Jurucakap kongres itu, Sun Yeli dalam taklimat media hari ini berkata seramai 2,296 wakil akan menghadiri kongres berkenaan, dengan menggalas amanah dan mandat diberikan lebih 4.9 juta organisasi parti peringkat akar umbi dan lebih 96 juta anggota PKC.

PKC mengumpul pandangan daripada lebih 4,700 tokoh pelbagai lapisan masyarakat mengenai draf laporan kongres itu.
 

Difahamkan, sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC akan diadakan selepas kongres tersebut ditutup.

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC penggal baharu akan menghadiri sesi berjumpa wartawan tempatan dan asing selepas tamatnya sidang pleno pertama berkenaan.