首页 > Berita > 正文

Pensyarah dan Pelajar Antarabangsa SISU Rasai Budaya Ba-Yu di Wanzhou

2023-04-19


 

Baru-baru ini Pejabat Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa SISU telah menganjurkan satu lawatan yang bertema "Perjalanan Pengalaman Budaya Ba-Yu" untuk pensyarahdan pelajar antarabangsa SISU dari 16 negara berbeza ke Wanzhou, Chongqing --satu kawasan utama untuk usaha pembinaan dan pemulihan luar bandar Chongqingdari 6 April hingga 7 April.

Pada petang 6 April, pensyarah dan pelajar antarabangsa menyertai pesta unggun api di kampung etnik Tujia di Wushan. Mereka memakai pakaian Tujia dan berbimbingan tangan dengan penduduk kampung membentuk bulatan dan menari tarian LambaianTangan dalam bulatan, iaitu tarian tradisional Tujia. Suasana perayaandimeriahkan dengan tarian pelawat antarabangsa.

Keesokan harinya, kumpulan pelancongan memulakan penerokaan mereka di Kampung Henghe dibawah bimbingan Wang Maoliang, Timbalan Ketua kumpulan usaha pemulihan Wushan.

Kumpulan pelawat ini juga pergi ke kebun strawberi dan berpengalaman memetik strawberi.

Perjalanan ke Wanzhou memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar internasional SISU untuk merasai pembangunan kawasan luar bandar China.

Yan Gongjun, naib presiden SISU, yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan ini, berkata, "Kunjungan seperti ini penting untuk mempromosikan pertukaran budaya antarabangsa.”