首页 > Berita > 正文

Kenali China: ‘Chongqing, Sebuah Kota Jambatan’

2023-04-21

24-03-2023

Pejabat Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa SISU menganjurkan lawatan istimewa untuk 21 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara untuk mengunjungi jambatan-jambatan yang ternama di Chongqing pada 24hb Mac. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program ‘Kenali China’ atau ‘Experience China’ yang ditaja oleh China Scholarship Council (CSC).

Lawatan ini bertujuan untuk membantu pelajar antarabangsa meneroka bandarraya Chongqing dan mempelajari tentang sejarah, seni bina jambatan dan budaya tempatannya. Sebelum lawatan, Huanghe, seorang jurugambar yang terkenal dan pandai mengambil gambar jambatan memberi ceramah kepada para peserta. Selain menunjukkan kepada mereka gambar jambatan terkenal di Chongqing, beliau juga berkongsi dengan peserta tentang cerita percintaan legenda antara ‘Niulang’ (seorang Cowherd di Bumi) dan ‘Zhinv’ (anak perempuan Maharaja Jed di Syurga).


Selepas itu, Profesor Huang membawa pelajar ke jambatan yang paling terkenal di Chongqing, seperti Jambatan Shisheng, Jambatan Chaotianmen, Jambatan Qiansimen dan Jambatan Zengjiayan. Pada akhirnya, para pelajar berkongsi perasaan tentang pengalaman kali ini dan menyampaikan penghargaan mereka terhadap budaya tempatan di Chongqing, sebuah Bandaraya di Barat Daya China.