首页 > Berita > 正文

Kumpulan Harapan Kebenuaan menderma alatan pencegahan wabak COVID-19 berharga 1 juta yuan kepada SISU

2022-04-02

KumpulanHarapan Kebenuaan menderma alatan pencegahan wabak COVID-19 berharga 1 jutayuan kepada SISU

 

 

Naib PresidenKumpulan Harapan Kebenuaan, Cheng Yifeng, dan Kumpulan delegasinya datang keUniversiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Sichuan (SISU) untuk menderma alatanpencegahan wabak COVID-19 pada 11 Januari.  Timbalan SetiausahaJawantankuasa Parti Universiti, Gou Chaoli, mewakili universiti menerimasumbangan, serta ketua jabatan berkaitan seperti Pejabat Kerjasama Universitidan Bandar Tempatan(Pejabat Kerja Alumni), Jabatan Pengurusan Aset,Perpustakaan, Pusat Maklumat Internet dan sebagainya bersama-sama menerimaalatan sumbangan.

 

 

 

(Kumpulan HarapanKebenuaan menderma alatan pencegahan wabak kepada SISU)

 

 

 

SetiausahaJawatankuasa Parti Universit, Zou Yu, menyambut kedatangan Naib Presiden ChengYifeng dan ahli delegasinya di bilik jamuan. Zou Yu mengucapkan terima kasihkepada Kumpulan Harapan Kebenuaan kerana bermurah hati menyampaikan sumbangan.Dia memberitahu bahawa pihak universiti akan mengatur jabatan berkaitan untukmenerima serta menggunakan alatan sumbangan dengan baik, dan menggunakanteknologi pintar bagi melindungi kesihatan pensyarah dan pelajar dalam tempoh khaspencegahan dan kawalan wabak COVID-19.

 

 

 

(SetiausahaJawatankuasa Parti Universit, Zou Yu, menyambut kedatangan Naib Presiden ChengYifeng dan ahli delegasinya di bilik jamuan)

 

 

 

Kumpulan Harapan Kebenuaan diasaskan bersama oleh Chen Bin,seorang alumni Jabatan Jepun universiti pada tahun 1979. Difahamkan bahawaalatan pencegahan wabak bernilai 1 juta yuan yang diderma oleh Kumpulan HarapanKebenuaan ini termasuklah sistem pengukuran suhu inframerah, sistem kawalanlif, robot pembasmian kuman, pembersihan udara 500, pembersihan udara 800,FTI-MED, N95, sistem pemantauan persekitaran hijau dan sebagainya. Antaranya,alatan dalam kumpulan pertama yang telah dihantar ke sekolah dan dipasang ditempat nya sepatutnya, dan FTI-MED juga akan dihantar kepada semua kakitanganuniversiti dalam masa terdekat. Penyerahan alatan-alatan untuk kumpulan keduaakan dihantar ke universiti selepas diperoleh.

 

Gambar/Artikel:PejabatKerjasama Universiti dan Bandar Tempatan(Pejabat Kerja Alumni)