首页 > Berita > 正文

​Pelajar SISU Sertai Program Latihan Kompetensi Global

2023-03-30


 

Tiga pelajar SISU mengambil bahagian dalam Program Latihan Kompetensi Global Belia Baharu yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan China untuk Pertukaran Antarabangsa dan agensi PBB di China. Kesemua 40 peserta program ini merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berpotensi dari Kelas Latihan Kompetensi Global Belia Baharu. Antaranya, ketiga-tiga pelajar SISU ialah Liu Shiyang dari Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi, Wu Ziyu dan Wu Shirui dari Fakulti Hubungan Antarabangsa.


 

Dalam tempoh acara selama 7 hari itu, tiga peserta SISU tersebut bersama dengan canlon-calon lain melawat banyak agensi PBB di China, termasuklah Pejabat UNICEF China, Pejabat Perwakilan UNDP China, Pejabat Perwakilan China Dana Penduduk PBB, Pejabat Perwakilan UNAIDS China, dan Pejabat Perwakilan UNHCR di China.


 

Para peserta juga menghadiri kuliah yang diberikan oleh pakar dari Pejabat Penyelaras Sistem Pembangunan PBB di China, Kumpulan Tema Belia PBB, Pusat Strategi Perubahan Iklim Kebangsaan dan Kerjasama Antarabangsa, dan juga Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Kebangsaan. Dan mereka telah berbincang hal-hal mengenai kerjasama pembangunan mampan, Projek Sukarelawan PBB, pembangunan belia dan kesihatan mental di China. Wakil daripada Kumpulan Kerja Belia UNICEF dan wakil dari beberapa agensi PBB di China juga berkongsi pengalaman kerjaya mereka dengan para peserta dan memberikan nasihat tentang kemajuan kerjaya.


 

Para peserta juga hadir ke Changyu Afeibao Winery untuk belajar tentang ilmu-ilmu dan budaya wain, etika penerimaan pada majlis pertukaran asing dan juga apresiasi kesenian. Selain itu, David G. Evans, Profesor Cemerlang Universiti Teknologi Kimia Beijing (atau Beijing University of Chemical Technology) juga membincangkan daya tarikan unik komunikasi antara budaya.


 

Pada akhirnya, ketiga-tiga pelajar SISU tersebut telah mendapat pengiktirafan yang tinggi atas prestasi cemerlang mereka semasa acara tersebut.


 

Tarikh: 09/03/2023