首页 > Kebudayaan > 正文

Pakaian Pengantin Perempuan

2022-10-30

Mengikut kepercayaan masyarakat China, warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.
 

Pakaian tradisional pengantin di utara China biasanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak.

Pakaian pengantin perempuan di selatan pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix.
 

Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut.