Daya Tarian Chongqing

2022-04-01

Sejarah dan Budaya

Chongqing merupakan bandar bersejarah dan kaya dengan budayanya selama 3000 tahun.

Lawatan di Chongqing, Keuntungan dalam Visi.

Dengan sejarah yang direkodkan selama lebih 3000 tahun, Chongqing ialah tempat kelahiran Budaya Ba-Yu. Ia telah menjalani pembinaan selama empat kali dan berfungsi sebagai ibu kota bagi tiga dinasti.

Di Chongqing, manusia terawal di China – Orang Wushan telah muncul pada zaman Paleolitik awal, iaitu 2.04 juta tahun dahulu.

Chongqing, sebuah bandar bersejarah dan terkenal ddengan budayanya, telah menjadi tempat yang mempunyai kepentingan ketenteraan yang besar dan pelabuhan yang mempunyai status ekonomi yang penting sejak zaman purba.

Pada abad ke-11 SM, Negeri atau kerajaan Ba telah ditubuhkan di Chongqing dan diteruskan selama kira-kira 800 tahun. Oleh kerana Sungai Jialing, yang dikenali sebagai "Sungai Yushui" pada zaman dahulu, mengalir ke Sungai Yangtze, jadi Ch

Pada 316 SM, Negeri Qin membina Kota Bajun (Daerah Yuzhong, Chongqing pada kini) selepas mengalahkan Negeri Ba yang dianggap sebagai permulaan Chongqing dalam sejarah. Dinasti Qin membahagikan wilayahnya kepada tiga puluh enam daerah, dan antaranya termasuk Daerah Ba.

Pada tahun 1189Zhao Dun (Maharaja Guangzong Dinasti Song) menobatkan Raja Gong dan menaiki takhta, dan kemudian menubuhkan "Wilayah Chongqing" di sini. Pada penghujung Dinasti Song, Tentera Mongol mengepung Bandar Diaoyu Hechuan, di Chongqing, yang menandakan bermulanya Perang Pertahanan Bandar Diaoyu selama 36 tahun.

Mungo, khan Empayar Mongol telah terkena serpihan terbang (flying shrapnel) dan meninggal dunia semasa perang. Keadaan ini menjadikan komander dan saudara-saudaranya di Eropah dan Asia kembali ke negara mereka dan berjuang untuk kedudukan Khan. Peristiwa tersebut mengubah situasi medan perang di Eurasia.

Pada tahun 1890, Chongqing secara rasmi dibuka sebagai pelabuhan.

Pada tahun 1929, Chongqing telah ditubuhkan secara rasmi sebagai sebuah perbandaran.

Pada November 1937, Chongqing menjadi ibu kota China pada masa perang selama lapan tahun dan lima bulan lagi. Dalam tempoh ini, ia menjalani pengeboman sembarangan oleh Jepun selama lima setengah tahun. Sebagai pusat arahan Medan Peperangan Timur Jauh dalam Perang Anti-Fasis Global, Chongqing menggalakkan rakyatnya untuk memberikan sumbangan besar kepada kemenangan perang ini dengan semangat kuat.

Biro Selatan Jawatankuasa pusat PKC dan Pejabat Tentera Laluan Kelapan di Kampung Hongyan, Chongqing menegakkan barisan bersatu kebangsaan anti-Jepun dan memupuk "Semangat Hongyan" yang berharga dalam perjuangan yang sukar.

Pada 30 November 1949, Chongqing telah dibebaskan. Ia telah berturut-turut menjadi kerusi Biro Barat Daya Jawatankuasa Pusat PKC, sebuah bandar secara langsung di bawah kerajaan pusat, salah sebuah bandar perintis dalam kumpulan pertama untuk pembaharuan ekonomi komprehensif di China, dan sebuah bandar terbuka di tepi sungai.

Pada 14 Mac 1997, ia ditubuhkan sebagai sebuah bandar secara langsung di bawah kerajaan pusat selepas perbincangan dan kelulusan oleh Sidang Kelima Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-8. Pada 18 Jun, Perbandaran (atau “Municipality”) Chongqing telah ditubuhkan secara rasmi.

Chongqing mengamalkan tradisi sejarah dan budaya yang telah wujud lama serta semangat kemanusiaan yang unggul.

Budaya Chongqing, yang disifatkan sebagai ketabahan, kejujuran, optimisme dan kemurahan hati, keberanian dan keterbukaan, menambah daya tarikan tersendiri antara satu sama lain dengan Budaya Shu. Budaya Chongqing, sebagai sebahagian yang penting daripada tamadun Sungai Yangtze, sedang berkembang di taman besar budaya China dan menunjukkan diri dengan caranya tersendiri.

Budaya Chongqing bukan hanya bersifat inklusif tetapi juga halus sekali. Bagi menghargai dan menikmati budaya Chongqing sepenuhnya, anda sentiasa boleh merujuk kepada pelbagai buku-buku yang mencatatkan sejarahnya, atau mendekati warisan dan peninggalannya, atau melawat landskapnya (seperti sungai, gunung, pekan dll.) untuk mengalami daya tarikan dan adatnya yang unik.

Tanah Keindahan Semulajadi: Bandar di Antara Gunung dan Sungai

Chongqing sedang dipercepat untuk membina sebuah bandar yang penuh dengan landskap yang indah.

Bukit Hijau dan Air Jernih

Bersama-sama menjalankan pemuliharaan dan perlindungan berskala besar dan bukannya pembangunan berskala besar.

Chongqing terletak di Zon Ekonomi Sungai Yangtze dan sentiasa mematuhi prinsip mengutamakan ekologi danpembangunan hijau, turut menjadikan pemandangan indah lebih terserlah melalui langkah-langkah yang berkenaan.

Melaksanakan sepenuhnya pelan pusat untuk perlindungan ekologi dan alam sekitar dan keperluan negara untuk pencegahan dan kawalan pencemaran udara, air dan tanah, teruskan melaksanakan "lima tindakan perlindungan alam sekitar utama", seperti air jernih, langit biru, tanah dan pastoral hijau, serta memperbaharui petunjuk alam sekitar utama.

Pada tahun 2020, kualiti air keseluruhan bahagian Chongqing di aliran utama Sungai Yangtze dinilai sebagai cemerlang, dan nisbah kualiti air yang cemerlang bagi 442 bahagian peperiksaan kebangsaan mencapai 100%.

Bilangan hari dengan kualiti udara yang baik meningkat kepada 333 hari, dan purata kepekatan PM2.5 menurun sebanyak 42.1% dalam tempoh lima tahun.

Pelaksanaan sistem Ketua Sungai telah diperdalam, dan sistem Ketua Hutan telah dilaksanakan sepenuhnya, kemudian 300,000 mu bagi "Jalur Pergunungan Hijau dan Seribu Hutan di Tepi Sungai" telah dibina, dan kawalan 800 persegi kilometer hakisan tanah dan 400 kilometer persegi penggurunan berbatu telah diselesaikan.

Kadar liputan hutan bandar telah meningkat kepada 52.5%.

Air Jernih dan Gunung Hijau Adalah Aset Yang Tidak Ternilai.

Chongqing adalah penghalang ekologi yang penting di hulu sungai Yangtze. Sungai Yangtze, Sungai Jialing, Sungai Wujiang, Sungai Daning, Sungai Ayi...Gunung Jinyun, Gunung Nanshan, Gunung Jinfo, Gunung Simian, Gunung Xiannv Tiga gaung Sungai Yangtze, Tiga Gaung Kecil, Lembah Hitam... Jenis-jenis rizab alam, rizab tanah lembap, rizab ikan dan sebagainya, semuanya tersebut membentukkan atau mewujudkan pencapaian asas semula jadi Chongqing.

Teruskan menggalakkan penanaman hutan dan penghijauan tanah. Usaha untuk mencegah dan mengawal pencemaran tanah di tanah pertanian, mengukuhkan pencegahan dan kawalan pencemaran tanah di tanah pembinaan dan sisa pepejal, turut kualiti keseluruhan persekitaran tanah adalah stabil.

Kota Tiga Dimensi

Kelebihan geografi yang unik membolehkan Chongqing untuk "membina bandar di pergunungan dan memakai air di bandar" dan gunung serta perairan memekatkan intipati gaya dan semangat bandar Chongqing.

National Geography menyifatkan Chongqing sebagai: Chongqing ialah bandar gunung, gunung adalah bandar, bandar adalah gunung. Di Chongqing, peta rata tidak mencukupi. Anda memerlukan peta 3D. Kedua-dua transit rel yang melalui bangunan dan jejantas yang menghubungkan lebih daripada 20 tanjakan di 5 tingkat atas dan bawah benar-benar menjadikan Chongqing sebagai "Bandar Ajaib 3D".

Pemandangan Malam di Chongqing

Bandar gunung yang bertiga dimensi, dua sungai dan empat Tebing yang mempesonakan, air berkilauan satu sungai dan jambatan berwarna-warni di seberang sungai, apabila malam tiba, ia membentangkan gabungan landskap yang indah dan megah, semuanya menjadikan pemandangan malam di Chongqing luar biasa.

Ibukota Makanan Lazat

Chongqing betul-betul adalah "Ibukota Makanan Lazat". Menurut Dokumen Majlis Perbandaran tentang Menggalakkan Pembaharuan Keseluruhan Bandar dan Luar Bandar bagi Pembangunan Chongqing, ia telah jelas dicadangkan untuk dibina sebagai Ibukota Makanan Lazat di hulu sungai Yangtze.

Hotpot Chongqing

Dengan skala kateringnya yang besar, bilangan pengunjungnya yang ramai, tahap yang kaya, rangkaian hidangannya yang lengkap, adat rakyatnya yang unik, budaya makanan tempatan semakin menjadi terkemuka di negara China. Seawal 2007, Chongqing telah dinamakan "Ibukota Hotpot China" oleh persatuan masakan China.

Mi Kecil Chongqing

Aliran pengunjung yang tidak berkesudahan di seluruh jalan-jalan dan lorong-lorong di Chongqing menjadi pemandangan yang unik, serta telah disenaraikan dalam A bite of China.

Masakan Chongqing

Sama ada pedas gila atau dengan perasa sauerkraut yang menyegarkan untuk merangsang hujung lidah, rasa yang pedas serta kasarnya mendatangkan citarasa yang istimewa dan kaya.

Makanan Ringan Chongqing

Pelbagai jenis produk dengan ciri tempatan adalah yang disenaraikan berikut, seperti Ladu Beras Kecil, Kek Pulut, Gula Bunga Beras, Acar Szechuan Awet Fuling, Sos Kacang Sauda Yongchuan, Hirisan Pic Hechuan, Dadih Kacang Kering Wulong, Itik Masin Kering Baishiyi dan lain-lain.

Ibukota Mata Air Panas

Chongqing mempunyai sumber geoterma mata air panas terbaik di dunia, kawasan pengedaran mata air panas yang sah seluas 10,000 kilometer persegi dan tapak mineral mata air panas sejumlah 146 di seluruh kawasan bandar dan luar bandar.

"Lima meter persegi dengan sepuluh mata air, satu bulatan dengan seratus mata air", bagi pusat peranginan mata air panas yang terkenal di dunia, memperluaskan percutian santai resort mata air panas, mengekalkan fungsi kesihatan yang baik dalam sukan, membina tempat-tempat indah pelancongan mata air panas, hotel mata air panas , kawasan peranginan mata air panas lebih daripada 40 jumlahnya. Dengan itu, ia dinamakan oleh Kementerian tanah dan sumber, persatuan mata air panas dan kesihatan iklim dunia sebagai "Ibukota Mata Air Panas Dunia".

Pekan Kebudayaan

Terdapat 23 buah pekan bersejarah dan kaya dengan budayanya, dan sebuah kampung bersejarah di perangkat negara, sebuah bandar bersejarah dan budaya di peringkat bandar, 55 buah Pekan bersejarah di peringkat bandar dan 45 buah kampung bersejarah di peringkat bandar.

Tempat Pelancongan

Terdapat 246 tempat pelancongan yang digelar gred A di Chongqing, antaranya 10 gred 5A, 121 gred 4A dan 81 gred 3A.

Ukiran Batu Dazu

Dari awal Dinasti Tang hingga Dinasti Ming dan Dinasti Qing selepas 1200 tahun ukiran batu tebing, ia telah menjadi salah satu daripada lapan gua terkenal di dunia. Lebih daripada 50,000 patung batu, yang diukir dengan indah dan digambarkan dengan jelas, dikenali sebagai "Batu Mampu Bercakap".

Kawasan Pelancongan Wulong Karst

Kawasan pelancongan termasuk Tiga Jambatan Semulajadi, Gunung Bidadari, Gua Furong. Tiga Jambatan Semulajadi ialah kumpulan terbesar Jambatan Semulajadi di dunia. Gua Furong, Gua Mammoth di Amerika Syarikat dan Gua Kramers di Perancis dikenali sebagai tiga gua terbesar di dunia.

Gunung Jinfo, Nanchuan

Ia disenaraikan sebagai warisan semulajadi dunia dengan bentuk muka bumi "Karst Table Mountain" yang unik di dunia.

Gorges Yangtse

Gorge Qutang dan Gorge Wuxia adalah sebahagian daripada Gorge Yangtse dan ia terletak di Chongqing. Antaranya, pintu masuk hulu ke Gorge Qutang, adalah reka bentuk landskap untuk set kelima wang kertas RMB10. Gorge Wu adalah sepanjang 40 kilometer, dan 12 puncak bagi Gorge Wu paling terkenal dengan Puncak Dewi.

Gunung Simian di Jiangjin

Dengan ciri-ciri "bentuk muka bumi Danxia", ia mempunyai nilai tontonan landskap berkualiti bertaraf dunia. Air terjun di sini megah, dan panjang penurunan Air Terjun Wangxiangtai adalah 158 meter.

Kawasan Pemandangan Lembah Hitam Wansheng

Panjang keseluruhan Lembah Hitam ialah 13 kilometer, ia kumpulkan gua, hutan, mata air, gunung dan sungai di keseluruhan organik, antara yang paling terkenal ialah air terjun yang indah, jambatan terapung dan lembah Yu-Qian. Kandungan ion oksigen negatif di lembah sampai 110,000 / cm3.

Yunyang Longgang

Ia dikenali sebagai "silinder terbaik di dunia", sementara itu, ia mempunyai jambatan kaca julur terbaik di dunia dan juga merupakan tempat terkenal bagi sukan ekstrem.