【学生留学活动分享】Ambilan 2022 SISU-USM Lawatan ke kebun durian

2025-06-16

Pada 7 Jun 2025, pelajar antarabangsa dari China di bawah bimbingan Prof. Goh Sang Seong telah mengadakan lawatan pendidikan ke Balik Pulau, Pulau Pinang, untuk merasai sendiri keunikan budaya pertanian tropika Malaysia.

截屏2025-06-16 15.42.36.png

Sempena musim durian, para pelajar berpeluang menikmati pelbagai jenis durian tempatan seperti Musang King, Black Thorn dan Udang Merah sambil mempelajari cara penanaman serta ciri-ciri unik setiap varieti. Pengalaman ini memperdalam pemahaman kami terhadap "raja buah" Malaysia.

截屏2025-06-16 15.46.00.png

Lawatan diteruskan ke kebun cendawan, di mana pelajar didedahkan kepada pelbagai spesies cendawan yang boleh dimakan serta proses penanamannya  yang memperlihatkan gabungan teknologi pertanian dan ekologi semula jadi.

截屏2025-06-16 15.46.17.png

Akhir sekali, pelajar turut merasai pengalaman memetik kelapa serta menikmati air kelapa segar yang menyegarkan di tengah hari tropika. Aktiviti ini melengkapkan lawatan dengan sempurna.

Lawatan pendidikan ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan para pelajar tentang buah-buahan tropika dan pertanian Malaysia, malah mempererat hubungan budaya antara pelajar antarabangsa dan masyarakat tempatan.Ini menjadikannya sebuah pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan.