Sentuhan Melintasi Zaman: Aktiviti Pengalaman Tulisan Jawi memimpin kelas Bahasa Melayu merasai warisan budaya Melayu yang berabad-abad.

2025-11-10

Untuk memperdalam pemahaman pelajar tentang bahasa dan budaya Melayu, pada petang 3 November 2025, pelajar Kelas Bahasa Melayu angkatan 2024 berkumpul secara dalam talian untuk menyertai aktiviti pengalaman Tulisan Jawi yang hidup. Di bawah bimbingan teliti  cikgu Zahwah, para pelajar bersama-sama mengadap di platform Tencent Meeting, menggenggam pena dan memulakan perjalanan budaya yang mengeksplorasi keunikan “Tulisan Jawi” yang digelar sebagai “teks hidup”. Aktiviti ini bertujuan membantu pelajar mengenal pasti, membaca dan menulis huruf asas Jawi, serta merasai secara langsung nilai mendalam tulisan ini sebagai sebahagian penting warisan buday Melayu

 图片7.png

Aktiviti bermula dengan Cikgu Zahwah yang membuka kisah sejarah Tulisan Jawi melalui slaid yang menarik. Beliau menegaskan, “Tulisan Jawi ialah sistem penulisan yang tidak terpisahkan daripada masyarakat Melayu sebelum kemerdekaan, serta simbol identiti bangsa Melayu dalam pembinaan tamadun dan penyebaran ilmu.” Dari kajian sejarah “Sejarah Melayu” hingga penggunaannya secara meluas dalam pelbagai bidang seperti sastera dan seni, penjelasan interaktif guru ini membolehkan pelajar menyedari bahawa tulisan Jawi bukan sekadar alat praktikal penulisan zaman dahulu, tetapi juga “fosil hidup” yang mengandungi warisan budaya Melayu selama ribuan tahun. Guru turut berkongsi aplikasi moden tulisan Jawi di media sosial, contohnya ejaan jawi untuk perkataan moden seperti restoran dan pelancongan, yang menunjukkan dengan bijak kehidupan tulisan purba ini dalam konteks kontemporari.

图片8.png

 

Setelah memahami latar belakang sejarah yang mendalam, aktiviti beralih ke bahagian inti pengajaran penulisan. Cikgu Zahwah menerangkan secara sistematik alif Jawi yang terdiri daripada 37 huruf individu, serta mengajar dengan teliti peraturan padanan antara huruf Rom dan huruf Jawi (Padanan Huruf). Untuk menghubungkan teori dengan praktikal, kelas dilengkapi dengan latihan interaktif yang pelbagai. Pelajar-pelajar bersemangat menyertai permainan “Pasangan Perkataan” berdasarkan bahan yang diberikan oleh cikgu, dengan menghubungkan betul bentuk rom dan jawi bagi perkataan biasa seperti “bunga”  dan “sayang” . Kemudian, di bawah bimbingan cikgu, semua orang menggunakan pensel dan kertas A4 untuk melakukan latihan menulis (Lathian Tulisan Jawi), dari garisan asas hingga huruf kompleks, merasai sendiri keunikan budaya Melayu di bawah kepala pena. Sepanjang proses ini, pelajar-pelajar aktif bertanya, manakala cikgu memberikan penjelasan yang sabar, mencipta suasana kelas dalam talian yang penuh semangat dan fokus.

 图片9.png

Aktiviti pengalaman Tulisan Jawi ini berakhir dengan jayanya, penuh dengan hasil yang memuaskan. Ia bukan sekadar aktiviti kemahiran bahasa, tetapi juga satu bentuk pendidikan budaya yang mendalam. Melalui proses menulis sendiri, para pelajar dapat merasai perbualan dengan tamadun kuno Melayu melintasi ruang dan masa, serta benar-benar memahami makna mendalam “Aksara Melayu yang Hidup”. Sebagai warisan budaya yang hidup, Jawi kini dihidupkan semula dan diteruskan melalui penulisan generasi pembelajaran baru. Aktiviti ini telah meningkatkan rasa identiti dan keakraban pelajar Bahasa Melayu terhadap budaya Melayu, sekaligus meletakkan asas budaya yang lebih kukuh untuk pembelajaran profesional mereka pada masa depan.

图文:22级徐偲恒